Belakang kepala Noordin hancur?
Belakang kepala Noordin hancur BAMBANG menunjukkan cap jari Noordin bagi mengesahkan kematian penjenayah paling dikehendaki sejak sembilan tahun lalu. Indonesia lega militan dikehendaki maut JAKARTA: Bahagian belakang kepala suspek pengganas warga Malaysia, Noordin Mohammad Top yang mati dalam operasi polis di Solo, Jawa Tengah, hancur. Namun, tubuhnya tidak rosak, kata seorang ahli Parlimen, semalam. "Lukanya adalah pada bahagian belakang kepala. Tetapi, jasadnya utuh," kata Ketua Jawatankuasa III Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Trimedya Panjaitan selepas melihat mayat Noordin di Hospital Polis Kramat Jati, Jakarta Timur. "Jenazah tiga suspek yang lain ada yang tangannya putus, dan satu lagi kepalanya hancur," kata ahli politik Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDIP) itu. Pengesahan kematian Noordin yang diburu sejak sembilan tahun itu berikutan dakwaan pembabitannya dalam beberapa pengeboman di Jakarta dan Bali, jelas melegakan polis Indonesia. Bagaimanapun, ma...