Posts

Showing posts from March 24, 2009

Kanser Payudara........Perempuan Awas?

Apakah Kanser Payudara? Kanser payudara merupakan kanser yang paling tinggi kejadiannya dan penyebab utama kematian di kalangan wanita di Malaysia. Kanser payudara berpunca dari sel-sel dalam tisu payudara yang berkembang dalam keaadaan yang tidak terkawal. Jika tidak di kesan dan dirawat secepat mungkin, kanser payudara boleh merebak ke kelenjar limfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru-paru dan hati. Punca Penyebab sebenar kanser payudara tidak di ketahui. Setiap wanita berusia 20 tahun keatas adalah berisiko menghidap kanser payudara. Faktor-faktor berikut mungkin menambahkan risiko wanita menghidap kanser payudara: * Usia meningkat * Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara * Telah mendapat kanser pada satu payudara. * Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun) * Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun. * ...

Buasir

Buasir atau hemoroid adalah penyakit yang terjadi pada bahagian dubur . Penyakit ini dapat dikesan apabila saluran dubur membengkak . Ianya boleh berlaku sama ada di dalam dubur atau di kawasan luar. Biasanya pesakit akan berasa sakit kesan tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Bengkak itu terjadi disebabkan oleh pengembangan saluran darah pada sel-sel yang melapisi saluran dubur. Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka apabila najis keras bergesel dengan buasir. Terdapat empat peringkat atau darjah yang menggambarkan keseriusan penyakit tersebut : Tahap 1 Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar. Tahap 2: Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali ke dalam (saluran dubur). Tahap 3: Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk sec...

Si Penjerut - Hernia

Namanya cukup indah dan menggambarkan seorang wanita yang cantik. Hernia atau dalam bahasa Latinnya , herniae, membawa maksud penonjolan keluar organ atau tisu atau isi suatu rongga melalui bukaan otot yang lemah pada bahagian abdomen. Dinding abdomen yang lemah itu kemudiannya membentuk suatu kantong dengan bukaan berbentuk seperti cincin. Gangguan ini sering terjadi di kawasan perut dengan komponen yang keluar berupa bahagian dalaman perut seperti usus kecil, usus besar atau lapisan lemak yang menyelaputi kedua-dua usus ini. Hernia merupakan gangguan kesihatan yang umumnya dideritai oleh kaum adam – sehingga 10 kali ganda berbanding wanita. Di kalangan masyarakat setempat, ia lebih sinonim sebagai angin pasang, burut, uluran, bodek atau turun beruk. Benjolan pada abdomen akan mengganggu penderitanya bergantung kepada besar benjolan. Biasanya keadaan penyakit akan bertambah parah akibat daripada aktiviti-aktiviti seperti membuang air besar, batuk ataupun ketika mengangkat bebanan yan...

HERNIA? Awas?

Hernia berlaku apabila kecacatan kecil di dinding otot abdomen menyebabkan tisu yang lembut menonjol keluar. Ini kelihatan seperti bonjolan kecil pada kulit dan akan jelas kelihatan semasa anak batuk atau menggeliat. Keadaan yang biasa di alami oleh kanak-kanak ialah hernia pusat.. Keadaan ini berlaku di bahagian pusat. Masalah ini disebabkan kelemahan otot pada dinding abdomen semasa kelahiran. Hernia inguinal berlaku di bahagian groin dan biasanya dialami oleh anak lelaki. Kecacatan ini berlaku selepas testikel telah turun ke dalam skrotum. Biasanya hernia pusat tidak memerlukan rawatan kerana keadaan ini akan pulih dengan sendirinya. Hernia inguinal juga boleh pulih sendiri tetapi jika sebahagian kecil usus terperangkap dalam hernia, ini perlu dibetulkan melalui pembedahan. Adakah keadaan ini serius? Jika usus tidak terperangkap dalam hernia, keadaan ini biasanya tidak serius. Tanda-tanda * Bonjolan tidak sakit di permukaan kulit berdekatan pusat atau groin yang menjadi besar se...

ANDA BERSAIZ XXL?

1) Elak pakaian Garis lintang Pilih pakaian berjalur menegak / vertikal. Anda akan nampak lebih tinggi dan nampak kurus. Sut pula,pinstripe suit adalah sesuai apabila dipadankan dgn kemeja yang lebih gelap. Pakaian kasual pula disaranka guna corduroy berwarna gelap dgn jalur halus. 2) Jaket single Breasted Membuatkan anda sentiasa kelihatan langsing berbanding double brested. Harus berhati2 apabila memilih jaket. Elakan meakai blazer dan jaket yang mempunyi 2 belah di belakangnya. Kekalkan dengan jaket satu belahan saja atau tanpa belah dan sentiasa tutup bahagian bawah badan. 3) Pakaian Pilih pakaian yang tidak terlalu ketat dan tidak terlalu besar. Ini kerana jika anda memilih baju yang terlalu ketat akan membuatkan anda nampak semakin besar. Pilihlah pakaian biarlah selesa serta memudahkan pergerakan. 4) Warna Kemeja dan seluar dalam kontras atau berbeza membuatkan perhatian tertumpu pada bahagian tengah tubuh terutamanya bahagian perut. Elakan memakai 2 warna kontras. Pil...