Ganjaran ibarat berpuasa satu tahun
MENGENAI puasa enam hari pada Syawal Rasul SAW bersabda: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian meneruskannya dengan enam hari pada Syawal, akan mendapat ganjaran seolah-olah dia berpuasa setahun.” (Riwayat Muslim, Tarmizi, Abu Daud dan Ibn Majah) Ibnu Qudamah menyebut dalam kitabnya Mughni, riwayat Said daripada Sauban ra berkata, sabda Rasul SAW: “Sesiapa berpuasa Ramadan sebulan bersamaan 10 bulan dan puasa enam hari pada Syawal, maka sempurnalah setahun.” Ini bermakna satu kebajikan digandakan 10 dan enam hari dengan ganjaran 60 hari, Demikianlah 12 bulan iaitu setahun. Imam Nawawi mengulas hadis di atas sebagai: “Ini bukti jelas bagi Imam Syafie, Imam Ahmad dan Daud atas alasan menggalakkan kita berpuasa enam”. Pengarang kitab Al-Hidayah dan pengarang lain menyarankan ia dilakukan berturut-turut. Namun, Imam Abu Hanifah dan sebahagian ulama mazhab Syafie antaranya Abu Yusuf berpendapat dipisahkan lebih baik dan disunatkan kerana membezakan dengan puasa penganut kristian dan merai...