Peristiwa 13 Mei 1969

Pengenalan Kepada Peristiwa 13 Mei 1969
            Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu detik hitam di dalam kamus sejarah Negara yang telah merungkai banyak persoalan terutamanya berhubung kepada perhubungan antara kaum yang ada di Malaysia. Natijah daripada peristiwa tersebut pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menjamin kesejahteraan dan memelihara keharmoninan antara kaum agar ianya dapat dipertingkatkan serta diamalkan dari semasa ke semasa. Hal ini dapat dilihat melalui beberapa perlaksanaan dasar-dasar sosial, ekonomi dan politik yang menjurus ke arah perpaduan dan pembinaan Negara bangsa oleh kerajaan.          

Sejarah Kepada Peristiwa 13 Mei 1969.
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan suatu tragedi berdarah yang tidak asing lagi di dalam sejarah hitam di Negara kita. Peristiwa ini telah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat di Malaysia. Peristiwa berdarah 13 Mei sememangnya bukanlah suatu peristiwa yang telah berlaku secara tiba-tiba atau spontan, namun peristiwa tersebut adalah merupakan salah suatu rentetan kepada sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya.
            Pada tanggal 13 Mei 1969, teretuslah satu noktah hitam di dalam lipatan sejarah Negara kita dek kerana berlakunya pertelingkahan antara kaum yang telah mengakibatkan Negara kehilangan banyak nyawa dan mengalami kerugian dari segi harta benda. Peristiwa ini berkait rapat dengan proses Pilihanraya Umum 1969. Semasa Pilihanraya tersebut berlaku banyak isu-isu sensitif telah dibangkitkan seperti bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan hak kerakyatan bukan Melayu. Di dalam pilihanraya tersebut, Parti Perikatan gagal memperolehi majority 2/3 kerusi di dalam Dewan Rakyat. Manakala parti gerakan DAP berjaya memenangi 25 buah kerusi semasa pilihanraya tersebut. Parti gerakan DAP telah mengadakan perarakan di sepanjang jalan di Kuala Lumpur sambil menghina bangsa Melayu. Tindakan parti ini telah mencetuskan kemarahan orang Melayu dan akhirnya parti UMNO telah membalas dengan mengadakan perarakan balas sebagai tanda bantahan terhadap penghinaan tersebut. Maka tercetuslah peristiwa 13 Mei 1969 yang telah meninggalkan kesan yang besar dalam sejarah Negara.
            Di samping itu, kesan daripada pendudukan Jepun di Tanah Melayu juga merupakan salah satu faktor penyumbang kepada peristiwa 13 Mei 1969. Selain itu, kesan penjajahan dan peninggalan tentera Inggeris juga merupakan punca utamanya. Tentera British telah mengamalkan amalan diskriminasi di Tanah Melayu sedikit sebanyak menjadi punca dan merenggangkan lagi hubungan antara kaum.
            Dari sudut ekonomi pula, peristiwa 13 Mei telah banyak meninggalkan kesan negatif terhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi berasaskan ras yang dibuat oleh penjajah British umpamanya merupakan salah satu bukti kukuh dan jelas yang menjadi faktor kepada peristiwa tersebut terjadi. Satu dasar telah diperkenalkan pada tahun 1971 oleh kerajaan bagi mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan diantara kaum di Malaysia iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB). 

Faktor-Faktor Yang Telah Mempengaruhi Peristiwa 13 Mei 1969
Hasil kajian mendapati faktor yang telah mempengaruhi peristiwa 13 Mei adalah disebabkan oleh dasar “pecah dan perintah” yang telah diamalkan oleh pihak British yang mengaitkannya dengan faktor-faktor seperti berikut:
a)    Pemisahan tempat tinggal dan tumpuan ekonomi
Telah diperkenalkan oleh pihak British. Dasar ini dibuat bagi mengelak penyatuan perpaduan di antara pelbagai kaum yang ada di Tanah Melayu pada masa itu.  British khuatir jika dasar ini tidak dilakukan akan mengancam kedudukan mereka  di Tanah Melayu pada waktu itu. Melalui dasar ini, masyarakat Melayu, Cina dan India dipecahkan mengikut tempat oleh pihak British. Masyarakat Melayu ditempatkan di kampung-kampung yang terdiri daripada petani dan nelayan. Bagi masyarakat Cina pula, mereka telah mewarisi perniagaan secara turun-temurun dan tinggal di Bandar.  Manakala masyarakat India pula ditempatkan di estet-estet dan bekerja sebagai penoreh. Dasar British ini telah berjaya direalisasikan bagi mewujudkan kelompok-kelompok etnik yang menjalankan kegiatan ekonomi yang berbeza dan tinggal di dalam kelompok masing-masing. Kesannya, dasar tersebut telah berjaya mewujudkan interaksi antara kaum yang ada di Tanah Melayu dan hanya terbatas berlaku di pejabat dan pasar sahaja. Hal ini melahirkan perasaan prasangka di antara kaum di Tanah Melayu pada masa itu dan menyebabkan tercetusnya sentiment 13 Mei 1969.
b)   Sistem pendidikan yang berasingan
Sebelum Malaysia memiliki satu sistem pendidikan Nasional, telah wujud 4 aliran pendidikan yang berlainan di tanah Melayu iaitu aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India yang mengambil silibus pembelajaran yang berbeza-beza. Hal ini telah menyebabkan berlakunya ketidakseragaman penggunaan bahasa, identity dan fahaman wujud. Ketidakseragaman ini telah menimbulkan pelbagai masalah yang telah memberi impak yang sangat buruk dalam pembentukan kaum di Malaysia. Walaupun pelbagai dasar pendidikan baru cuba diperkenalkan oleh kerajaan selepas kemerdekaan dicapai bagi tujuan penyelarasan namun proses perpaduan ini tetap sukar dilakukan.
c)    Perbezaan agama dan budaya
Perbezaan agama dan budaya yang wujud di Tanah Melayu pada masa itu juga merupakan salah satu faktor penting kepada berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Dengan keadaan masyarakat yang majmuk dan berbilang etnik serta kepelbagaian budaya, kesepakatan dalam mewujudkan kedamaian dari segi agama dan budaya amatlah sukar. Kaum Melayu sebahagian besarnya adalah beragama Islam, kaum cina beragama Buddha, Lao-Tza, Taoisme, Conficius manakala kaum India pula beragama Hindu dan ada juga di kalangannya menganut agama Kristian. Selain itu, setiap kaum ini juga mempunyai kebudayaan mereka yang tersendiri. Masalah ini berlaku akibat daripada sikap tidak menjaga sensitiviti kaum dan sikap jahil yang terdapat dalam diri masyarakat terhadap agama-agama lain yang dilakukan hingga menyebabkan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain. Kesannya, tercetuslah peristiwa 13 Mei 1969. 
d)   Ekonomi
Kegiatan ekonomi yang berbeza mewujudkan jurang pendapatan yang berbeza di antara kaum di Tanah Melayu pada masa itu. Hal ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kaum dan mengakibatkan berlakunya persaingan ekonomi secara tidak sihat. Perasaan cemburu dan tidak puas hati dari setiap kaum wujud lanjuran daripada ketidakseimbangan ini. Orang Melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan yang dicapai oleh orang Cina. Manakala orang India pula mencemburui kelebihan yang ada pada orang Melayu kerana orang Melayu mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran. 
e)    Persatuan-persatuan Etnik
Struktur masyarakat yang berbilang kaum di Tanah Melayu pada masa itu sedikit sebanyak telah melahirkan banyak persatuan politik, sosial dan ekonomi. Persatuan-persatuan ini telah memperjuangkan hak kaum masing-masing tanpa menghiraukan hak bagi kaum-kaum yang lain. Banyak parti politik yang berunsurkan perkauman telah wujud dan seringkali mengeksploitasikan isu-isu perbezaan yang wujud di kalangan kaum. Isu-isu ini digunakan untuk melaga-lagakan mereka hingga mewujudkan rasa tidak puas hati yang ketara.
f)     Penjajahan Jepun di Tanah Melayu
Semasa penjajahan Jepun di Tanah Melayu, layanan yang tidak sama telah diamalkan oleh mereka. Orang Cina telah mendapat layanan yang buruk oleh pihak Jepun berbanding layanan istimewa yang diberikan kepada orang Melayu. Hal ini disebabkan kerana Jepun masih dipengaruhi oleh sentiment peperangan dengan Cina pada akhir kurun ke 19 dan awal kurun ke 20. Pada masa itu, orang Melayu telah dilantik menjadi askar dan polis manakala orang cina diketepikan sepenuhnya. Ujuran daripada layanan tersebut, kebanyakan orang Cina telah menyertai MPAJA (Malaysia People Anti Jappanese Army) atau lebih dikenali dengan panggilan Bintang Tiga. Masalah ini bertambah buruk dan mewujudkan persengketaan antara orang Melayu dan orang Cina kerana kebanyakan tentera Jepun yang menyerang MPAJA pada masa itu adalah terdiri daripada orang Melayu. Walaupun MPAJA telah ditewaskan setelah British kembali, namun santimen perkauman masih menebal di kalangan masyarakat di Tanah Melayu pada masa tersebut. 
g)    Membangkitkan isu sensitif pada Pilihanraya Umum 1969
Kebanyakan parti politik pada masa tersebut telah memainkan isu-isu sensitif. Isu-isu sensitif seperti kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa dan kerakyatan digunakan untuk memancing undi di kalangan masyarakat. Kejayaan parti gerakan dan DAP menang majority 2/3 kerusi berbanding parti perikatan, telah menyebabkan parti tersebut telah berarak sambil membangkitkan soal-soal sensitif seperti keturunan Melayu. Keadaan ini bertambah buruk apabila orang Melayu di bawah anjuran UMNO bertindak balas menangkis penghinaan itu dengan mengadakan perarakkan di jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur. Akibat daripada keadaan yang tidak terkawal ini telah mencetuskan episod berdarah 13 Mei 1969. Peristiwa ini telah mengorbankan banyak nyawa serta merosakkan banyak harta benda.

Tindakan Yang Diambil Oleh Kerajaan Selepas Peristiwa 13 Mei 1969
Jika kita lihat dari sudut lain, peristiwa 13 Mei 1969 sebenarnya banyak memberi kesan kebaikan berbanding kesan negatif terhadap Negara. Rentetan daripada peristiwa tersebut telah menimbulkan kesedaran yang mendalam tentang pentingnya perpaduan dan kesepakatan di antara kaum di Malaysia dan kesannya jika kita mengabaikan kepentingannya. Di samping itu, tercetus juga idea supaya kerajaan mengambil langkah untuk membentuk semula masyarakat Malaysia menerusi dasar-dasar. Tindakan segera harus diambil bagi memastikan kemakmuran Negara terus terpelihara dan terjamin.


Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan adalah seperti berikut :
                      i.        mengisytiharkan darurat berkuatkuasa serta merta.
Kerajaan mengambil jalan dengan mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu pada 16 Mei 1969 untuk menenangkan keadaan rentetan daripada situasi yang tidak terkawal dan pertempuran antara kaum berlaku. Hal ini dibuat bertujuan untuk memberi masa dan kesedaran kepada pihak yang terlibat untuk berfikir secara rasional dan menghentikan kekacauan dalam masa singkat.
                    ii.        Membentuk Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) pada 17 Mei 1969 bagi mengambil alih tugas parlimen untuk sementara.
Tun Abdul Razak, Perdana Menteri pada ketika itu, telah membentuk satu Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dan beliau sendiri telah mengetuai gerakan tersebut. Beliau juga telah dibantu oleh pemimpin-pemimpin politik, pegawai kanan kerajaan dan pegawai tinggi polis serta tentera. Gerakan ini diwujudkan bertujuan untuk mengembalikan semula keamanan dan undang-undang Negara, menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna serta mengembalikan semula keharmonian dan kepercayaan antara kaum di Tanah Melayu. MAGERAN berjaya mencapai matlamatnya dan kerajaan berpalimen berjaya dikembalikan semula pada 23 Disember 1971.
                   iii.        Menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara (JPN) Dan Majlis Muhibbah Negara (MMN) Pada 1970
Jabatan Perpaduan Negara berfungsi untuk :
a.    Membantu meningkatkan kesedaran komuniti mengenai perpaduan dan integrasi nasional melalui aktiviti penggalakan dan pengukuhan.
b.    Mewujud dan menyelaraskan aktiviti perpaduan melalui rukun tetangga berasaskan konsep kejiranan.
c.    Membimbing kanak-kanak berbilang kaum untuk membentuk peribadi dan perwatakan yang sempurna bagi kepentingan perpaduan dan intgrasi melalui tabika perpaduan.
d.    Membantu dan mengukuhkan perpaduan dan integerasi nasional melalui penyelidikan etnososial.
e.    Menyediakan khidmat sokongan yang berkualiti dalam aspek pengurusan kewangan dan sumber manusia serta pentadbiran am supaya matlamat jabatan dapat dicapai dengan jayanya.

                   iv.        Menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MPN) Pada 29 Januari 1970
Penubuhan Majlis Perundingan Negara (MPN) ditubuhkan pada 29 Januari 1970 adalah bertujuan untuk membentuk perpaduan antara kaum di Malaysia. Angota MPN terdiri daripada wakil MAGERAN, kerajaan negeri, wakil parti politik, wakil dari Sabah dan Sarawak, kumpulan agama dan sebagainya. Majlis ini ditubuhkan bertujuan untuk meneliti isu-isu perpaduan Negara serta mencari jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang bersangkutan dengan perhubungan dan integrasi kaum di Malaysia. MPN juga bertanggungjawab terhadap beberapa idologi Negara berkaitan perpaduan seperti rukun Negara dan pindaan perlembagaan tertentu.

Penggubalan Rukun Negara merupakan satu idelogi yang digubal di bawah pemimpin MAGERAN dan digubal oleh MPN pada 27 Januari 1970. Antara prinsip-prinsip rukun Negara ialah :
a.    Kepercayaan Kepada Tuhandi dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah menetapkan agama Islam sebagai agama rasmi dan agama lain bebas diamalkan di mana-mana bahagian.
b.    Kesetian Kepada Raja Dan Negaramenekankan kesetiaan rakyat kepada ketua Negara dan negeri masing-masing.
c.    Keluhuran Perlembagaan supaya rakyat dapat menerima, mematuhi dan mempertahankan kemuliaan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
d.    Kedaulatan Undang-undangundang-undang tersebut mestilah dipatuhi untuk memastikan kedaulatannya sentiasa terpelihara.
e.    Kesopanan dan Kesusilaan pembentukan masyarakat yang berbilang kaum dan agama yang harmoni dapat dilahirkan sekiranya setipa individu dalam masyarakat boleh berpegang teguh kepada prinsin ini.

                    v.        Penyusunan Semula Politik
Kesedaran tentang kepentingan bersatu dalam satu barisan dalam mentadbir Malaysia dengan menggabungkan pelbagai kaum mula disedari oleh parti-parti politik selepas 13 Mei 1969. Penyatuan fahaman politik dengan mewujudkan system kerajaan campur telah dicadangkan untuk mengurangkan perpecahan politik yang berlaku dikalangan masyarakat di Malaysia dan sesuai dengan pindaan Perlembagaan 1971. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Islam se-malaysian (PAS), Kongres India Malaysia (MIC) dan persatuan Cina Malaysia (MCA) disertai 6 lagi parti politik pada masa itu telah menubuhkan Barisan Nasional. Rombakan dalam politik ini berjaya mencapai matlamat kerana semua pihak mulai sedar akan kepentingan perpaduan di kalangan kaum di Malaysia. Kejayaan ini boleh dilihat sehingga ke hari ini dimana Barisan Nasional masih kekal menerajui pentadbiran Negara walaupun terdapat perpecahan pada struktur asal penubuhannya.
                   vi.        Pindan Akta Hasutan
Kedudukan istimewa orang Melayu dan kedudukan raja-raja Melayu dikeluarkan daripada perbincangan umum.
                 vii.        Media Massa
Dengan adanya media massa, pelbagai berita, laporan dan dasar kerajaan dapat didedahkan kepada umum. Selain itu, media massa juga digunakan untuk merapatkan jurang matlumat yang wujud. Hal ini kerana media massa akan membentuk pemikiran dan pandangan rakyat yang memahami pelbagai nilai dan simbol Negara. Kepentingan media massa tidak dapat disangkal kerana dengan adanya media massa, kita mengetahui semua isu-isu semasa yang berlaku di seluruh Negara. Oleh itu, maklumat yang ingin disampaikan oleh kerajan kepada rakyat dapat disampaikan dengan tepat. Oleh yang demikian, ini akan mengurangkan prasangka akibat daripada kedapatan maklumat yang tidak tepat.

Implikasi peristiwa dan cabaran pembinaan bangsa pada masa sekarang.
Peristiwa 13 Mei 1969 telah banyak memberi kesan kepada politik di Malaysia. Dengan terjadinya peristiwa tersebut, maka wujudlah beberapa cabaran dalam pembinaan Negara bangsa pada masa kini. Untuk membentuk satu Negara bangsa Malaysia, terdapat beberapa faktor yang menjadi cabaran untuk dicapai iaitu faktor politik, ekonomi dan sosial. Menurut Ranjit (1996), faktor politik dapat dilihat dari sudut penggabungan antara parti-parti politik pelbagai kaum melalui pernggabungan Parti Perikatan iaitu Barisan Nasional. Hal ini jelas menunjukkan dengan adanya kerjasama dan pakatan politik daripada pelbagai kaum di dalam Barisan Nasional telah berjaya menghasilkan kestabilan politik dan keamanan di dalam Negara.
            Faktor politik juga merupakan salah satu daripada ciri asas ke arah mempercepatkan agenda pembinaan Negara bangsa ini.  Kestabilan politik juga merupakan kunci kepada pembangunan dan kepesatan ekonomi sesebuah Negara. Terdapat beberapa perbezaan persepsi dalam melihat faktor ini. Hal ini berlaku disebabkan oleh keadaan masyarakat majmuk yang wujud di Malaysia dan dengan kewujudan berbagai-bagai unsur perbezaan ini  yang menghasilkan kehendak yang berbeza di dalam melihat sesuatu isu. Kemudiannya menghasilkan perbezaan falsafah dalam pembinaan Negara bangsa dan cara-cara untuk mencapainya. Melalui kajian dan penulisan pula, didapati berlakunya banyak perbezaan persepsi tentang Negara  bangsa melalui faktor politik ini wujud berdasarkan kaum dan wilayah. Keadaan ini seterusnya menjurus kepada lahirnya pelbagai persepsi tersendiri di kalangan mahasiswa. Namun, jika terdapat perbezaan persepsi yang tidak ketara dikalangan mahasiswa ini, ianya mampu mempercepatkan terbantuknya Negara bangsa Malaysia.  
            Kedua, dari segi faktor ekonomi pula, dengan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah  diperkenalkan untuk menggantikan dasar ekonomi yang lama merupakan perkara yang juga sering dikaitkan. Keadaan ekonomi rakyat Malaysia pada masa selepas merdeka adalah diidentifikasikan dengan sesuatu kumpulan etnik. Seperti yang kita sedia maklum, jika terdapat sekumpulan etnik yang diindentitikan sebagai menguasai sesuatu bidang, sudah pasti akan menimbulkan perasaan cemburu dan syak wasangka. Hal ini sudah pasti akan mencacatkan proses pembinaan Negara bangsa. Hal ini jika tidak dihindarkan boleh meruntuhkan ekonomi dan merosotkan perpaduan di kalangan masyarakat. Pudarnya pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi secara tidak langsung menguatkan lagi hubungan perpaduan antara kaum di Malaysia.
            Faktor sosial juga antara faktor yang mempengaruhi pembinaa Negara bangsa Malaysia. Faktor sosial yang merangkumi peranan-peranan Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan dan Bahasa Kebangsaan. Pembinaan Negara bangsa merupakan suatu proses untuk mewujudkan semangat kenegaraan atau perasaan kekitaan di kalangan masyarakat di Malaysia. Melalui perkara-perkara ini banyak perbincangan yang dapat dibuat untuk menghasilkan satu identiti nasional Negara bangsa. Kepelbagaian kaum yang wujud di Malaysia agak menyukarkan pembentukan satu identiti nasional. Namun, titik pertemuan antara kepelbagaian kaum ini masih tidak mustahil untuk dilaksanakan jika persepsi-persepsi yang lahir dari mahasiswa mampu membantu mencari titik persamaan dan pertemuan di dalam melahirkan Negara bangsa yang stabil.
            Malaysia terkenal dengan penduduk yang berbilang kaum dan agama dan agenda pembinaan Negara bangsa ini adalah didokong oleh kepelbagian etnik ini. Setiap kaum di Malaysia mempunyai persepsi atau tanggapan sendiri terhadap kaum lain. Pemisah sosial masih lagi wujud walaupun perhubungan di antara kaum di Malaysia bertambah baik. Hal ini pastinya akan memperkukuhkan sentimen perkauman dan segala pendekatan haruslah dibuat bagi meningkatkan sikap penerimaan yang lebih terbuka dan saling mempercayai antara kaum dapat dicapai.  Perkara ini boleh dicapai jika mahasiswa dan golongan cerdik pandai ini bersefahaman dan menghindari prasangka dan perasaan perkauman. Barulah mereka dapat dipertanggungjawabkan untuk membentuk dan menggalakkan orang lain berbuat demikian dan sekaligus member kesan kepada pembinaan Negara bangsa.
            Persoalanya sekarang, bagaimana cara untuk menyatukan masyarakat dari segi wilayah-wilayah yang terpisah oleh kerana faktor geografi. Ini merupakan salah satu isu dan cabaran yang paling sukar ditangani dalam proses pembinaan satu Negara bangsa  di Malaysia. Proses mengintegrasi Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia dengan mewujudkan kerjasama dan keharmonian hidup akan mempercepatkan pembentukan sesebuah Negara bangsa. Setiap wilayah ini mempunyai persepsi dan cadangan tersendiri untuk membentuk Negara bangsa Malaysia yang akan dibentuk. Oleh itu, persefahaman, kerjasama dan toleransi antara wilayah adalah sangat penting. Contohnya di university, terdapat mahasiswa yang berbilang kaum yang datang dari pelbagai tempat di seluruh Malaysia. Walaupun mereka ini datang dari tempat asal yang berbeza, namun demi untuk mewujudkan satu Negara bangsa Malaysia, jika perbezaan ini masih ketara sudah pasti ianya akan mencacatkan agenda besar ini.  
            Selain itu, penyeragaman sistem pendidikan di Malaysia juga merupakan salah satu cabaran yang sentiasa dihadapi untuk pembinaan Negara bangsa pada masa hadapan. Penyeragamaan dari segi sistem pembelajaran di sekolah-sekolah perlu dibuat dengan mengadakan satu jenis sistem persekolahan sahaja. Dengan menghapuskan sekolah-sekolah vernacular, semua anak-anak di Malaysia yang berbilang bangsa boleh belajar dan bergaul di satu sekolah sahaja iaitu sekolah kebangsaan. Bahasa Melayu semestinya sebagai bahasa penghantar di setiap sekolah di Malaysia. Bagi kaum Cina dan India pula, mereka masih diwajibkan untuk mengambil subjek bahasa ibunda mereka dan boleh menjadi subjek pilihan untuk diambil oleh kaum lain di Malaysia. Perpaduan hanya boleh wujud jika tiadanya rasa prejudis antara satu sama lain dengan saling mengenali. Proses saling mengenali ini seharusnya dipupuk di bangku sekolah lagi dan sangat penting. Sekolah merupakan tempat terbaik untuk memupuk perpaduan berbanding di tempat lain. Oleh itu, dengan melaksanakan Sekolah Wawasan dan sekolah Satu Aliran yang pernah dicadangan sebelum ini mungkin sangat relevan.  

Analisis item pembinaan kerangka kesepaduan sosial di Malaysia
1.    Gagasan 1Malaysia dan Prinsip Kesederhanaan
Pelbagai peristiwa yang sedang melanda negara pada masa lalu dan kini memerlukan Malaysia menyusun strategi pentadbiran dan sosial agar tidak terpisah daripada arus perdana kemajuan dunia mahupun menjadi mangsa penindasan, kezaliman, perpecahan kaum dan sebagainya. Sebagai langkah untuk mempertahankan diri menghadapi keadaan ketidaktentuan sosial, seluruh rakyat Malaysia tidak mengira kaum dan anutan agama perlu berusaha menjadi satu bangsa bersatu padu iaitu 1Bangsa dan 1Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat bersama untuk membina sebuah negara bersatu, lebih maju, selamat, aman, makmur serta mampu bersaing dengan masyarakat lain di dunia pada suatu masa nanti. Usaha untuk melahirkan satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu dalam menghadapi pelbagai cabaran global dibawa oleh arus globalisasi ini, termasuk dalam bidang sosial, ekonomi dan politik, maka Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj. Abdul Razak memperkenalkan G1M pada April 2009. Gagasan ini berpaksikan kepada prinsip perpaduan nasional melalui nilai-nilai murni (satu daripadanya adalah nilai atau prinsip kesederhanaan) dalam Teras Perpaduan serta nilai-nilai aspirasi dalam Nilai Aspirasi. Untuk menjayakannya, maka G1M meletakkan rakyat segalanya dalam urustadbir kerajaan di bawah slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Dalam negara bermasyarakat majmuk seperti Malaysia, tindakan atau tutur kata bersifat ekstrim tidak boleh diterima kerana boleh membawa kepada masalah ketidakstabilan sosial. Kesederhanaan yang dituntut adalah sesuatu yang dilakukan atau difikirkan tidak membawa kepada kerosakan, menimbulkan fitnah, kemusnahan, kesakitan, ancaman, pergolakan dan sebagainya kepada diri, pihak lain mahupun negara (Malaysia, 2009). Justeru, G1M membawa harapan untuk memperkukuh hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan lebih erat melalui prinsip kesederhanaan sebagaimana dinyatakan 72 dalam empat nilai murni yang mendokong teras-teras perpaduan. G1M mencadangkan dua aspek utama yang perlu ada iaitu pertama Penerapan Teras Perpaduan sebagai budaya dan amalan semua rakyat Malaysia. Teras perpaduan ini adalah komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Teras Perpaduan ini didokongi oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia. Aspek kedua adalah berkaitan dengan Penerapan Nilai Aspirasi dalam G1M dan nilai-nilai ini perlu ada pada masyarakat progresif atau dinamik yang akan memacu negara ke arah mencapai status negara maju.
Dengan kata lain, G1M merupakan konsep menyatukan kaum di Malaysia agar perpaduan nasional dapat dibentuk supaya berjaya mencapai taraf negara maju pada tahun 2020 dengan lebih mudah. Setiap anggota masyarakat perlu berfikir bukan hanya untuk kaum masing-masing, sebaliknya pemikiran mereka ke arah kesejahteraan dan kemajuan bersama. Oleh itu, Asrizal Mohamed Radzi (2013), Mazlan Ibrahim et al. (2013) dan Mohd Shukri Hanapi (2014) berpendapat perasaan hormat antara satu sama lain perlu dipupuk agar nilai-nilai murni dalam gagasan ini dapat membentuk perpaduan kaum pada masa kini dan akan datang.
Menurut Ismail Ibrahim (2010) dan MAMPU (2009), gagasan ini menyarankan agar pemimpin-pemimpin kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat sepertimana slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Kerajaan akan mengambil tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik atau kaum dalam negara. Ini bukan bererti untuk menolong kaum bumiputera Nilai-Nilai Murni seperti hormat-menghormati, rendah hati, kesederhanaan, berbudi-bahasa harus dijadikan asas dalam hidup setiap masyarakat di Malaysia. Nilai-Nilai Aspirasi seperti budaya berprestasi tinggi, budaya ketepatan, budaya ilmu, integriti 73 semata-mata, tetapi turut menjaga kepentingan semua kaum di Malaysia secara adil dan saksama.
Berdasarkan Malaysia (2012), gagasan ini memerlukan setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing-masing agar hasrat kerajaan mencapai status negara maju dapat digapai dengan mudah. Sumber daripada Malaysia (2014) berpendapat kepentingan gagasan ini adalah sebagai pelengkap kepada Wawasan 2020 yang terserlah melalui tiga prinsip utama iaitu penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial. Setiap warganegara dan pemimpin perlu melaksanakan tiga prinsip tersebut yang menjadi tulang belakang kepada perpaduan kaum di Malaysia. Prinsip penerimaan dalam G1M menekankan kepada sikap penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat hidup bersama sebagai rakyat Malaysia, dengan kata lain mempunyai sikap toleransi antara kaum.
Prinsip kenegaraan pula berasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara serta usaha menanam semangat nasionalisme, patriotisme dan cinta akan negara sepanjang masa. Seterusnya, prinsip keadilan sosial di mana semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum yang berada pada tahap berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan memerlukannya akan tetap dilaksanakan (Malaysia, 2009). G1M hakikatnya membawa maksud yang begitu mendalam kepada semua pihak sama ada kerajaan mahupun rakyat Malaysia kerana ia memberikan dua implikasi besar kepada fungsi kerajaan dan agensinya serta rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
Pertama, G1M memerlukan setiap rakyat Malaysia dan pemimpin berperanan mengikut tanggungjawab masing-masing. Malah, rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan agama perlu berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing serta perlu melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum. Kedua, pemimpin negara perlu melayani dan memenuhi keperluan atau hak rakyat tanpa mengira kaum mahupun agama di Malaysia. Justeru, G1M kelihatan jelas dalam skop dan matlamatnya iaitu soal keadilan dan pembelaan rakyat Malaysia. Begitu juga dengan peranan atau fungsi kerajaan yang perlu mengutamakan rakyat serta mengutamakan pencapaian dalam setiap agensi kerajaan sesuai dengan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.
Matlamat utama G1M yang perlu kita renungkan adalah membawa Nilai Aspirasi dalam beberapa perkara iaitu integriti, kebolehan dan berdedikasi serta perpaduan kaum, seterusnya boleh mewujudkan keselamatan dan kemajuan kepada negara pada masa kini dan akan datang. Integriti yang dimaksudkan adalah keperluan kepada pemimpin dan rakyat berdasarkan tanggungjawab kepada negara melibatkan kejujuran, kebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah. Dari aspek kebolehan dan berdedikasi merujuk kepada keperluan seorang pemimpin yang bijak mentafsir, memahami tugasan, cemerlang, komited serta boleh merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat. Malah, kesetiaan pula melibatkan setia kepada negara melebihi daripada kepentingan peribadi atau kumpulan, tidak juga mengira kaum, agama, budaya atau fahaman politik. Ini kerana, semua rakyat Malaysia adalah Bangsa Malaysia bernaung di bawah Rukun Negara serta Perlembagaan Malaysia.
Berdasarkan perbincangan tentang G1M di atas jelas menunjukkan bahawa prinsip kesederhanaan adalah penting kerana ia dapat mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia. Bagi mewujudkan perpaduan negara juga, G1M menjadi payung kepada dasar-dasar perpaduan bersifat nasional sedia ada. Selain itu, G1M juga tidak tersasar daripada falsafah 74 Islam yang didokong oleh sistem pentadbiran negara. Apa sahaja yang dilakukan oleh seseorang rakyat Malaysia akan memberikan implikasi kepada negara dalam konteks perpaduan nasional dan akhirnya memberikan kesan kepada matlamat negara ke arah sebuah negara maju 2020.
2.    Dasar-Dasar Sedia Ada Tentang Perpaduan Nasional
Dasar tentang perpaduan nasional ditekankan kepentingannya setelah berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 iaitu kerajaan sedar akan pentingnya perpaduan rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum, agama dan budaya. Justeru, pihak kerajaan menjadikan perpaduan nasional sebagai matlamat utama negara yang perlu dicapai bagi mengelakkan perkara sedemikian tidak berulang. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971 adalah hasil usaha bagi menangani isu perpaduan sehingga berakhirnya pada tahun 1990. Setelah itu, pada tahun 1991 mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad telah memperkenalkan Wawasan 2020 yang berteraskan konsep Bangsa Malaysia iaitu satu bentuk perpaduan yang diharapkan akan mencapai negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020 berteraskan perpaduan kaum yang utuh (Abdullah Md Zin, 2014).
Walau bagaimanapun, sejurus DEB dilaksanakan kerajaan turut memperkenalkan dasar-dasar berkaitan dengan perpaduan nasional sehingga kini, malah kerap menghala kepada pendidikan, bahasa, kebudayaan dan sukan agar perpaduan boleh dicapai dalam pelbagai sudut. Namun begitu, kejayaan menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang sosial, agama, kaum, fahaman dan sebagainya masih diragui dan tiada bukti kukuh untuk menunjukkan kejayaan sepenuhnya. Oleh kerana itu, satu pelan induk berkenaan perpaduan perlu dirangka agar ia lebih menyeluruh dengan mengambil kira kepentingan negara serta arah tuju negara demi mencapai status negara maju pada tahun 2020.
Terdapat satu pelan perancangan penting dalam membincangkan soal perpaduan nasional yang dikenali sebagai Pelan Integriti Nasional (PIN). Menurut Institut Integriti Malaysia (IIM, 2006), PIN adalah hasil ilham Perdana Menteri Malaysia Kelima iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 23 April 2004 selaras dengan cabaran keempat Wawasan 2020 untuk membentuk masyarakat yang mantap ciri-ciri moral dan etikanya, nilai keagamaan serta budi pekerti yang luhur. Sasaran PIN adalah terhadap lima aspek iaitu memerangi gejala rasuah, meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi kerenah birokrasi, meningkatkan tadbir urus korporat, etika perniagaan dan tanggungjawab sosial korporat, memantapkan institusi keluarga dan komuniti serta meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.
Falsafah PIN melibatkan lima perkara iaitu: pertama, merangkumi semangat dan falsafah berasaskan prinsip perlembagaan persekutuan dan Rukun Negara iaitu membina masyarakat yang bersatu padu, adil, demokratik, liberal dan progresif, malah berpegang teguh kepada lima prinsip Rukun Negara. PIN juga adalah mekanisma bagi menyahut cabaran Wawasan 2020 ke arah mewujudkan sebuah negara maju mengikut acuan sendiri. Kedua, PIN adalah sebuah pelan yang lahir selaras dengan aspirasi rakyat dan dilaksanakan untuk kesejahteraan mereka. Ketiga, PIN ialah sebuah pelan induk yang bertujuan memberikan hala tuju serta bimbingan kepada semua komponen atau sektor masyarakat dan negara. PIN juga memupuk, menyemai dan membaja sistem kehidupan masyarakat dan negara dalam usaha besar membina sebuah masyarakat bermoral dan beretika, sekaligus negara yang berintegriti. Keempat, PIN merupakan suatu gagasan yang dicetuskan oleh pucuk pimpinan dengan sokongan padu rakyat pelbagai kaum, lapisan masyarakat dan 75 wilayah. Kerjasama antara semua pihak ini menjadi kekuatan bagi mengubah atau menambah baik nilai dan amalan masyarakat serta institusinya. Kelima, pendekatan PIN ialah mengkoordinasi usaha semua komponen dan sektor dalam gerakan pemantapan integriti. PIN memerlukan keseluruhan institusi urustadbir negara iaitu melibatkan badan eksekutif, perundangan dan kehakiman supaya meningkatkan integriti mereka, menghormati dan mempertahankan prinsip pemisahan kuasa serta melaksanakan fungsi masing-masing dengan cekap, telus, adil dan berkesan.
Sekiranya wujud penghayatan terhadap falsafah dan objektif PIN oleh pelbagai sektor masyarakat dan negara sudah pasti akan menjadi suatu kekuatan bagi mengubah wajah masyarakat dan negara Malaysia demi perpaduan dan kemajuan negara. Kekuatan ini juga akan membolehkan Malaysia menangani cabaran baharu pada abad ke-21 dengan lebih berkesan. Kesemua ini akan menyumbang kepada pencapaian cita-cita menjadi masyarakat maju berteraskan perpaduan mengikut acuan sendiri. PIN sekiranya dihalusi ia memperlihatkan asas penting kepada pembentukan moral dan kerohanian dalam diri masyarakat berteraskan kepada Perlembagaan Malaysia, Rukun Negara dan adat-budaya setempat ke arah mencapai negara maju 2020.
Walau bagaimanapun, PIN kelihatan tidak mencerminkan hasrat, aspirasi dan nilai-nilai murni berdasarkan keperluan rakyat Malaysia secara meluas bagi menjalankan fungsi urustadbir negara. Oleh kerana itu, Perdana Menteri Malaysia keenam iaitu Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak merekayasa kembali dasar berkaitan perpaduan nasional dengan mewujudkan G1M. Matlamatnya adalah sama iaitu agar warganegara Malaysia bersatu padu ke arah Wawasan 2020. Justeru, sekiranya dilihat kembali terdapat beberapa dasar bagi mewujudkan perpaduan masyarakat dalam pelbagai aspek seperti pendidikan, bahasa, kebudayaan, sukan, PIN dan G1M telah dijalankan oleh kerajaan. Hakikatnya, masyarakat di Malaysia masih memperlihatkan bibit-bibit pergeseran dan dibimbangi akan mengakibatkan perpecahan kaum secara serius pada masa akan datang. Hal ini perlu diatasi segera agar sasaran negara mencapai negara maju pada tahun 2020 akan berhasil dengan rakyat bersatu padu. Oleh kerana itu, pengamalan prinsip kesederhanaan sebagaimana diinginkan oleh G1M patut dijalankan secara ilmiah agar isu perpaduan dapat dilihat kembali untuk mencari usaha penyelesaian yang sesuai. Hal ini penting kerana G1M dan dasar-dasar berkaitan perpaduan kaum sedia ada pada hakikatnya tidak tersasar daripada perspektif falsafah Islam dan gerakan kesederhanaan pada waktu ini.
3.    Prinsip Kesederhanaan Dari Perspektif Islam Dan Gerakan Kesederhanaan Global
Perspektif pertengahan atau kesederhanaan mengikut sejarah masyarakat barat tercetus daripada falsafah klasik Aristotle (384-322 SM), di mana matlamat hidup manusia seharusnya menuju kepada sesuatu yang terbaik buat diri dan negara (Mohammad Hatta, 1982). Kebaikan atau kebahagiaan hanya akan terhasil sekiranya mengamalkan prinsip pertengahan. Umpamanya, tidak boleh menjadi terlalu berani dan tidak boleh juga terlalu pengecut, tidak boleh terburu-buru dan tidak boleh juga terlalu perlahan dan sebagainya yang mencerminkan pentingnya mengamalkan sikap bersederhana atau pertengahan. Dalam Islam, Jabatan Perdana Menteri (1980) berpendapat manusia dikenali sebagai ummatan wasatan iaitu umat pilihan lagi adil dan juga bermakna umat pertengahan iaitu pertengahan dalam segala pembawaannya, tidak melampau, tidak keterlaluan dalam aktiviti kehidupan, malah segalanya berkeadaan di tengah-tengah.
Menurut Mohd Shukri Hanapi (2014), apabila menyebut perkataan wasatan, ia berkait rapat dengan perkataan wasatiyyah. Seorang ilmuan Islam dan ulamak Sunni tersohor bernama Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam kitabnya alKhasais al-Amnah li al-Islam tentang ciri-ciri Islam menyenaraikan tujuh sifat iaitu dimulai dengan: Fasa I, al-Rabba niyyah (ketuhanan); Fasa II, al-Insaniyyah (kemanusiaan); Fasa III, al-Syumul (kesempurnaan); Fasa IV, al-Wasatiyyah (pertengahan); Fasa V, al-Waqiiyyah (realiti); Fasa VI, al-Wudhuh (mudah atau senang); dan berakhir dengan Fasa VII iaitu alJam’u bayna al-Thabat wa al-Murunah (gabungan antara perkara tetap dan berubah). Penulisan ini tertarik dengan Fasa IV iaitu tentang al-Wasatiyyah yang melibatkan sifat pertengahan manusia dalam konteks perimbangan antara dua perkara bertentangan. Umpamanya rohani dan jasmani, ideal dan realiti, tetap dan berubah-ubah, akhirat dan dunia serta lain-lain lagi.
Pada masa yang sama, Islam menuntut keadilan buat manusia dan tidak pula melupai ketuhanan (agama). Justeru, agama Islam adalah tidak berat sebelah, tidak keterlaluan atau terlalu kurang atau lemah. Bahkan, Mohd Yusof Othman (2013) berpendapat dalam bukunya bertajuk “Kesederhanaan dalam Islam: Satu Penerangan Ringkas dan Penanda Aras” menyebut bahawa beliau bernazar untuk berjuang mempertahankan manhaj wasatiyyah sepanjang hayatnya kerana bukan sahaja pendekatan wasatiyyah sebaik-baik pendekatan dalam membangunkan umat, malah pendekatan ini digunakan oleh para nabi dalam membangunkan peradaban manusia pada zaman mereka. Tuntutan untuk menggunakan pendekatan wasatiyyah bertepatan dengan firman Allah (al-Baqarah: 143) yang bermaksud: ...
‘’dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami menjadikan kamu (wahai Muhammad) satu umat yang terpilih lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberikan keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan salah), dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu’’
Ilmuan Islam kedua yang juga cukup dikenali lagi disegani dalam mengupas soal Islam adalah Prof. Dr. Hamka menerusi kitabnya Falsafah Hidup menerangkan khusus soal kesederhanaan demi kesejahteraan hidup manusia. Dalam Bab V sebagai contohnya, khusus membincangkan soal kesederhanaan dalam tajuk-tajuk: sederhana tentang niat dan tujuan, sederhana dalam berfikir, sederhana melahirkan perasaan, sederhana pada keperluan hidup, sederhana pada perasaan sukacita, sederhana pada harta benda, sederhana mencari nama, sederhana memberi pangkat dan pendidikan kesederhanaan. Maksud daripada penulisan beliau adalah antara syarat asas bagi seseorang untuk mencapai kebahagiaan hidup perlu bersifat sederhana. Bahkan, untuk mencapainya pula seseorang manusia perlu percaya dan beramal dengan sifat kesederhanaan.
Bagi Prof. Dr. Hamka, persoalan penting di sini adalah “Adakah Islam bersetuju dengan kehidupan bersifat pertengahan atau sederhana?”. Pada dasar utama Islam itu sendiri memang menjulang idea pertengahan. Isu mengejar kehidupan duniawi, Islam melarang umatnya menganut falsafah kapitalis atau komunis dan lain-lain ideologi moden yang jelas bukan bersifat sederhana.
Selain agama Islam, agama-agama lain atau fahaman juga memiliki sifat ekstrim, bukan sederhana atau pertengahan. Agama Hindu dan Buddha di India, memperjuangkan kehidupan kerohanian dengan mengurangkan perihal duniawi, sedangkan manusia perlu hidup dengan fitrah kejadiannya. Contohnya, keterlaluan memilih makanan sehingga menyukarkan kehidupan serta membawa kesengsaraan hidup (tidak memakan daging) dan menyiksa diri sehingga mencederakan anggota badan (acara keagamaan hindu dan syiah) dan sebagainya. Buddha juga memperjuangkan gaya hidup seperti kehidupan Guatama Buddha yang melupai kepentingan dunia sebaliknya perhambaan diri kepada ‘kehidupan selepas kematian’. Maksudnya, agama-agama ini tidak mempedulikan tuntutan kesenangan hidup duniawi yang disukai atau menjadi fitrah manusia. Apa yang dikejar ialah dunia kerohanian.
Menurut Abdullah Md Zin (2014), sekiranya prinsip kesederhanaan dapat dicerna dalam segala aktiviti kehidupan, maka perpaduan akan terhasil kerana tiada pihak yang akan merasa iri hati, tersinggung atau kecewa. Persoalannya adalah: mengapa seseorang boleh terkeluar dari landasan yang baik, sederhana atau pertengahan kepada sifat keterlaluan, berlebih-lebihan atau ekstrem? Faktor terbesar ialah nafsu yang dibiar tinggi berbanding dengan aspek akal rasional. Apakah faedah sifat pertengahan ini kepada individu? Persoalan ini adalah penting dan fokusnya juga kecil iaitu melibatkan individu, bukan keluarga atau masyarakat. Sekiranya perbincangan sebelumnya menyentuh pemikiran Aristotle, Prof. Dr. Hamka dan Dr. Yusuf al-Qardhawi disokong pula oleh tabii ajaran agama Islam, maka dapat dilihat bahawa ia memang betul apa yang dirumuskan oleh Aristotle kira-kira 2,500 tahun dahulu iaitu pertengahan atau sederhana adalah antara nilai-nilai baik dan utama yang perlu diberi keutamaan sebagaimana juga penekanan dalam konteks G1M.
Dalam konteks Malaysia pada masa kini iaitu sebuah negara berbilang kaum dengan kira-kira 60 peratus warganegaranya menganut agama Islam, 40 peratus yang lain pula menganut pelbagai agama. Hakikatnya, bukan sahaja agama yang dianuti warga Malaysia berbeza, malahan bahasa, budaya dan taraf sosio-ekonomi juga tidak sama. Walaupun di Malaysia wujud kepelbagaian yang kompleks, namun begitu kedudukan Islam telah termaktub secara rasmi dalam undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Negeri. Ia telah diperkemaskan lagi dengan penubuhan institusi-institusi bagi mentadbir dan melaksanakan undang-undang syariah, memajukan kepentingan sosial serta ekonomi penganut Islam. Jelasnya, Islam di Malaysia bukan setakat agama ritual, bahkan telah diinstitusi dan diamalkan sebagai cara hidup yang syumul.
Menurut Mohd Najib Abdul Razak (2013) (iaitu Perdana Menteri Malaysia) dalam artikelnya berpendapat, masyarakat dan dunia Islam pada hari ini amat tertekan sehingga ada istilah Islamofobia di Barat yang bererti bahawa Islam itu sendiri dibimbangi, seterusnya dimomok sebagai agama yang militan, fanatik dan sebagainya. Namun begitu, tahap sedemikian tidak dilabelkan terhadap Malaysia, malah apabila kita berjumpa dengan orang dari luar, termasuk yang bukan Islam, mereka berkata bahawa kalau mereka mahu melihat keindahan Islam atau cara Islam itu diaplikasikan dengan pengertian Islam sebagai agama yang indah mulia dan sekali gus sebagai agama yang sederhana, progresif dan maju, Malaysialah contoh yang terbaik. Dengan penggunaan pendekatan konsep wasatiyyah, negara mampu memberikan sumbangan kepada dunia.
Oleh itu, pengertian wasatiyyah amat perlu diterapkan meskipun negara tidak berhadapan dengan masalah yang begitu rumit. Malaysia mempunyai kelebihan dan keunikan tersendiri dalam membina perpaduan rakyat disebabkan memiliki pelbagai kaum dan agama. Islam menjadi pemangkin kepada perpaduan rakyat disebabkan kesederhanaannya, malah menjadi amalan dalam kalangan rakyat di negara ini. Bahkan, secara umumnya, Azyati Azhani Mohd Mazuki et al. (2013) dan Ilhaamie Abdul Ghani Azmi et al. (2015) berpendapat rakyat Malaysia menolak perbuatan ekstrimisme berteraskan perkauman mahupun keagamaan.
Atas keyakinan dan ajaran Islam yang sebegitu rupalah mendorong Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Sri Mohd Najib memperkenalkan G1M bertujuan untuk memperkukuh perpaduan rakyat menghadapi ancaman globalisasi dan cabaran semasa dunia. Pengalaman dan keyakinan bahawa rakyat Malaysia boleh terus bersatu, walaupun menghadapi pelbagai dugaan berbentuk perkauman dan perbezaan fahaman, ia menjadi aset kepada negara untuk mempromosikan gerakan kesederhanaan pada peringkat global dan menentang kegiatan ekstrimisme.
Promosi kesederhanaan telah dijalankan oleh Perdana Menteri melalui ucapannya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam Sesi Ke-65 pada 27 September 2010. Beliau menyeru anggota masyarakat dan pemimpin agama utama dunia mengecam serta menolak sikap melampau dalam negara masing-masing. Di Malaysia, bagi membuktikan kesungguhan pelaksanaan idea tersebut, Perdana Menteri Malaysia mengumumkan penubuhan Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) ketika sesi perasmian Persidangan Antarabangsa Gerakan Kesederhanaan Global (ICGMM) di Kuala Lumpur pada 17 hingga 19 Januari 2012. Penubuhan GMMF ini menjadi pusat perbincangan dan penyebaran maklumat berkaitan program kesederhanaan kepada masyarakat atau pihak berkepentingan sama ada dari dalam mahupun luar negara.
Bagi memastikan GMM dapat diterima oleh masyarakat dunia, Perdana Menteri terus memperjuangkan idea tersebut di pentas-pentas antarabangsa berprestij seperti Pusat Pengajian Islam Oxford, East-West Center, Mesyuarat Asia-Eropah, Sidang Kemuncak ASEAN dan Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel. Hasilnya, konsep GMM diterima secara rasmi dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Phnom Penh pada 3 April 2012. Selain itu, beberapa program seperti Syarahan Tokoh Terkemuka dan Sidang Meja Bulat Kesederhanaan Global dianjurkan dari semasa ke semasa. Antara perkara yang diberi penekanan oleh GMM termasuklah hidup bersama secara aman, demokrasi dan kedaulatan undang-undang, kewangan dan ekonomi, pendidikan, dan penyelesaian konflik.
Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia sekali lagi menyatakan pendiriannya mengenai kesederhanaan dalam Persidangan Dialog ke Atas Kepelbagaian Diplomasi dan Keamanan anjuran ASEAN Peace and Reconciliation Council (APRC) dan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) yang diadakan di Putrajaya. Perdana Menteri mengajak golongan majoriti yang berdiam diri bangun menentang dan menolak sebarang bentuk keganasan dan fahaman ekstrimisme. Pernah dalam satu syarahannya di New York bertajuk “The New Meetings, Moderation: The New Modernity”, Perdana Menteri Malaysia mengajak masyarakat dunia menolak nazisme, militan dan pemikiran ekstrimisme dan menjadikan dialog serta rundingan sebagai jalan untuk menyelesaikan masalah dunia. Perbezaan warna kulit, etnik, agama, kepercayaan dan ideologi politik tidak seharusnya menjadi landasan konflik yang berpanjang. Semua pihak harus mengutamakan dialog dan rundingan berbanding mengamalkan sikap konfrontasi dan kekerasan.
Prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam terus diberi perhatian untuk diterapkan di dalam pelbagai aspek kehidupan individu dan masyarakat bagi pembinaan dasar berkaitan pentadbiran negara, tanpa meminggirkan penganut agama lain untuk terus mengamalkan ajaran mereka. Oleh kerana itu, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak merakamkan prinsip kesederhanaan berteraskan ciri-ciri Islam dalam sebuah dasar yang dikenali sebagai G1M bagi membetulluruskan haluan ke arah Wawasan 2020 berpaksikan kesederhanaan untuk membentuk perpaduan nasional.
Penulisan ini berpendapat idea Prof. Dr. Hamka memperlihatkan terdapat keunikannya tentang kesederhanaan melalui sembilan perkara iaitu:
i.              sederhana tentang niat dan tujuan,
ii.            sederhana dalam berfikir,
iii.           sederhana melahirkan perasaan,
iv.           sederhana pada keperluan hidup,
v.            sederhana pada perasaan sukacita,
vi.           sederhana pada harta benda,
vii.          sederhana mencari nama,
viii.        sederhana memberi pangkat, dan
ix.           pendidikan kesederhanaan.
Walaupun terdapat sembilan perkara berkaitan dengan kesederhanaan dalam hidup, ia menggambarkan keperluan bersederhana dalam konteks dalaman dan luaran diri seseorang. Melihat kepada G1M pula, prinsip kesederhanaan yang digariskan adalah secara umum, tetapi tidak terkeluar atau tersasar daripada landasan falsafah Islam mahupun ilmu rasional klasik hasil pemikiran Aristotle. Hal ini jelas sebagaimana dinyatakan oleh Perdana Menteri semasa ucapannya berkaitan letakan prinsip kesederhanaan dalam G1M dengan konsep wasatiyyah (Malaysia, 2014) iaitu:
“dengan menggabungkan Gagasan 1Malaysia dan konsep wasatiyyah dalam Islam yang meletakkan kepentingan kepada kesederhanaan dan keseimbangan, perlu digalakkan untuk membentuk umat yang berpusat pada kekuatan iman tanpa mengabaikan prinsip-prinsip toleransi dan keadilan sosial yang berbilang masyarakat, kaum dan agama di negara ini untuk menentukan sokongan penuh rakyat terhadap agenda transformasi sosio-ekonomi yang sedang dilaksanakan dan juga sokongan daripada masyarakat Islam yang majoriti di negara ini”
Menurut Ismail Ibrahim (2009a; 2009b), tujuan kedua-dua konsep tersebut disepadukan adalah untuk meningkatkan persefahaman dan perpaduan antara kaum berasaskan konsep wasatiyyah. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk mengelakkan kemunculan kumpulan-kumpulan radikal dan pelampau dari pelbagai agama seperti Kristian, Hindu, Buddha atau Islam. Dengan menggunakan konsep wasatiyyah, ajaran Islam akan menjadi kenyataan lebih menyeluruh dan seimbang dalam tuntutan perpaduan. Malah, Perdana Menteri juga berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam contoh, satu negara maju dan seimbang dalam setiap perkara.
Kesimpulannya
            Semangat perpaduan adalah amat penting dalam sesebuah negara untuk menjamin kedamaian di kalangan rakyat di negara ini. Perpaduan dan integrisi nasional adalah cabaran yang besar yang akan menentukan keharmonian sosial, kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan terancang. Perpaduan ini boleh dicapai melalui dua cara utama iaitu melalui Intergrasi dan asimilasi. Integrasi ialah satu proses bagi mewujudkan identity nasional di kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi di dalam satu unit politik. Manakala asimilasi pula merujuk kepada bagaimana kumpulan-kumpulan minority diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar. Sebagai contoh negara Amerika dan beberapa negara Eropah yang lain misalnya menggunakan konsep asimilasi dalam pendekatan mereka untuk menyatupadukan pelbagai etnik minority, etnik peribumi dan etnik dominan dalam negara. Dengan cara ini, budaya etnik minority terlebur, tercerna, teradun malah sesetengahnya tersirna dalam budaya majority yang dominan.
            Selain itu, kerajaan boleh mengistiharkan 13 Mei sebagai hari Perpaduan. Tarikh ini harus dijadikan sebagai cuti umum bagi mengadakan program perpaduan dan semua orang boleh saling beramah mesra dan rakyat Malaysia bergembira dengan perpaduan, bukan ketakutan mengenang pergaduhan. Disamping itu, peranan masyarakat adalah membentuk perpaduan yang berkekalan dengan memupuk semangat patriotism di dalam diri mereka. Kita mestilah berasa bangga menjadi rakyat Malaysia. Jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara seperti Tunku Abdul Rahman haruslah diambil tahu dan dihargai. Manakala lambing-lambang kebesaran negara seperti bendera, lagu kebangsaan (Negaraku) dan jati negara harus dikenali dan dihormati oleh setiap warganegara.
            Sifat setia dan sayang pada negara haruslah ada dalam diri setiap rakyat di negara ini. Kita harus sentiasa peka terhadap isu dan masalah bangsa dan negara serta mencari cara untuk mengatasinya. Kita juga harus menanam semangat kekitaan dengan cara bertolak ansur dan bertoleransi. Sifat bersatu padu antara masyarakat pelbagai kaum di negara ini juga amat penting bagi mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk negara, bukang untuk bangsa sendiri sahaja. Sensitiviti kaum-kaum tertentu haruslah dihormati dan tiada sesiapa pun yang boleh mengkritik atau merendahkan adat resam dan kepercayaan kaum lain.
            Rakyat juga seharusnya berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan. Setiap warganegara harus bekerjasama untuk menghadapi apa jua cabaran yang mendatang. Contohnya, seperti situasi kegawatan ekonomi, rakyat seharusnya mengambil ikhtibar dari peristiwa gawat pada 1998 dimana semua rakyat bergabung tenaga untuk memulih semula ekonomi negara. Menyedari hakikat itu, kerajaan telah berusaha sehingga ke hari ini untuk membentuk sebuah negara yang utuh berlandaskan kepada perpaduan kaum yang meliputi pelbagai aspek bagi memastikan negara maju seiring dengan negara lain di dunia.


RUJUKAN
Artikal (2012,Mei 13). Ikhtibar 13 Mei. Berita Harian Online. Retrieved Agust 2012 from http://www.bhaian.com.my/bharian/articels/iktibar13Mei/articel/index
Izrael bin Abdullah (2012). Elak tragedy 13 Mei. Retrieved August 2012 from http://detikperubahan.com/2012/07/23/elak-tragedi-13-mei-1969/
Manaf, A.A (2005). Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & distributors
Nazmil Nasirrudin. (2012). Elak Tragedi 13 Mei 1969. Utusan Online. Retrieved August from http://utusan.com.my/utusan/Politik/20120723/po_02/Elak-tragedi-13-mei-1969
Shamsul Amri Baharuddin. (2011). Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (Upena).
Zaid Ahmad [Et.Al]. (2010). Buku Teks Hubungan Etnik Di Malaysia: Edisi Kedua. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Zurinah Hassan. (1994). Wawasan 2020: Huraian 9 Cabaran: Penerbitan Perwarna: Shah Alam.
Abdullah Md Zin. (2014). Penghayatan wasatiyyah dalam pentadbiran Malaysia. Putrajaya: Penerbit Institut Wasatiyyah Malaysia.
Asrizal Mohamed Radzi. (2013). Sejarah pembentukan negara bangsa dan 1Malaysia. Jurnal Biro Tatanegara, 1, 67-82.
Azyati Azhani Mohd Mazuki, Wan Kamal Mujani, Azmi Aziz & Ermy Azziaty Rozali. (2013). Aplikasi konsep wasatiyyah dalam pembentukan Piagam Madinah. International Journal of West Asian Studies, 5(2), 1-15.
IIM. (2006). Pelan Integriti Nasional. www.iim.com.my. [23 Januari 2016].
Ismail Ibrahim. (2009a). Falsafah hijrah dalam Gagasan 1Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Ismail Ibrahim. (2009b). 1Malaysia dalam konteks kepelbagaian agama. http://ummatanwasatan.net/2009/08/1malaysia-dalam-konteks-kepelbagaian-agama/
Ismail Ibrahim. (2010). Gagasan 1Malaysia, peradaban dan identiti bangsa: pendekatan hadhari. Bangi: Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jabatan Perdana Menteri. (1980). Tafsir Pimpinan Al-Rahman. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri.
Kamarulzaman Askandar. (2006). Rencana: perpaduan dan perdamaian etnik. Utusan Online. http://ww1.utusan.com.my/utusan/ [Diakses pada 19/9/2015].
Malaysia. (2009). 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Putrajaya: Jabatan Penerangan Malaysia.
Malaysia. (2014). 1Malaysia. www.1malaysia.com.my. [diakses pada 24 Februari].
MAMPU. (2009). Memacu transformasi. Putrajaya: Bahagian Transformasi Sektor Awam, MAMPU.
Mohammad Hatta. (1982). Alam fikiran Yunani. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Najib Abdul Razak. (2013).Wasatiyyah pemacu peradaban negara. Dlm. Mushaddad Hasbullah & Mohd Asri Abdullah (Pnyt.). Wasatiyyah: Pemacu Peradaban Negara(Hlm. 1-4). Putrajaya: Jabatan Perdana Menteri.
Mohd Shukri Hanapi. (2014). The wasatiyyah (moderation) concept in Islamic Epistemology: a case study of its implementation in Malaysia. International Journal of Humanities and Social Sciences,4(9), 51-62. 

Comments

Popular posts from this blog

Senarai Syak Imigresen

Keistimewaan Sarawak