Keistimewaan Sarawak

Ramai orang Malaysia masih tidak faham Hak Sarawak dalam Perlembagaan..bila ada orang Semenanjung atau Sabah tidak dibenarkan masuk ke Sarawak...orang Semenanjung dan Sabah baik Pegawai Kerajaan yang bekerja di Sarawak ada Passport Biru Terhad ini.
.Kenapa warganegara Malaysia Semenanjung dan Sabah perlu pas jika nak masuk Sarawak, sedangkan Sarawak juga Malaysia.? Itulah diantara syarat Sabah & Sarawak membentuk Malaysia dulu pada tahun 1963, cari pasal "20 points" syarat-syarat kemasukan itu di Google, kalau tak silap aku point yang ke-6 perjanjian menyatakan Sabah dan sarawak diberi kuasa menguruskan hal imigresen mereka sendiri.
Sarawakian nak masuk mana-mana tempat di Malaysia termasuk Sabah adalah FREE FLOW. Tapi semua negeri di Malaysia (termasuk Sabah) nak masuk Sarawak akan diberi pas lawatan sosial selama 90 hari hanya untuk tujuan lawaan sahaja. Begitu juga orang Semenanjung nak masuk ke Sabah.
Seperti Negeri Sarawak, Ketua Menteri Sarawak diberi kuasa untuk melarang atau menidakkan kemasukan orang-orang yang disyaki boleh menganggu ketenteraman atau keselamatan negeri, seperti yang berlaku kepada beberapa orang pemimpin pembangkang. Dengan itu juga, Sarawak dapat mengawal kemasukan orang-orang yang merbahaya seperti penjenayah-penjenayah dikehendaki polis di Semenanjung dan Sabah, supaya tidak memasuki Sarawak. Pemeriksaan Imigresen akan dilakukan setiap kali keluar/masuk termasuk juga penduduk Sarawak sendiri. Dalam erti kata lain, Sarawak boleh menolak kemasukan orang semenanjung dan sabah yang disyaki/brmasalah sama seperti penolakan masuk warga asing. Sebab itu, banyak kedai-kedai emas di Sarawak masih tidak memasang jeriji besi seperti kebanyakan kedai emas di semenanjung.
Satu lagi kalau nak tahu, umum mengetahui Kerajaan Persekutuan mempunyai sistem Senarai Syak, dimana di dalam senarai tu terdapat nama dan maklumat orang-orang yang perlu diberi perhatian bila mereka tiba membuat pemeriksaan masuk ke Malaysia. Sarawak juga mempunyai Senarai Syak tersendiri, kuasa Ketua Menteri boleh memasukkan nama dan maklumat seseorang ke dalam senarai syak Kerajaan Negeri Sarawak untuk ditapis semasa kemasukannya ke Sarawak. Bermakna Jabatan Imigresen di Sarawak memantau Senarai Syak Kerajaan Persekutuan dan mengurus Senarai Syak Kerajaan Negeri sekaligus.
Orang semenanjung hendak memasuki Sarawak dan Sabah cuma perlu menunjukkan Mykad saja, selepas itu akan dikeluarkan cetakan diatas slip putih yang dipanggil slip IMM 114, kalau dulu isi borang 3 salinan dan 3 warna iaitu IMM116. Slip ini haruslah dijaga dengan baik, itu adalah dokumen perjalanan kamu, jaga sepertimana menjaga passport jika berada di negara orang, dan mesti dibawa kemana saja. Jika hilang mestilah membuat report polis, baru dapat keluar dari Sarawak. Jika anak yang belum ada kad pengenalan, kena bawa sijil lahir ataupun MyKid. Jika menggunakan passport [passport antarabangsa (warna merah) atau Dokumen Perjalanan Terhad (warna biru muda)] untuk masuk ke Sarawak/Sabah, IMM114 tidak akan keluarkan, tapi akan di cop PAS LAWATAN SOSIAL selama 90hari didalam passport, sama seperti pas lawatan yang dikeluarkan kepada warga asing dari USA, Canada, Britain, Oman dan sebagainya..
Pas Lawatan Sosial selama30 hari pula diberikan kepada rakyat negara Brunei, Thailand, Indonesia, Singapura dsb..
Jika bekerja di Sarawak, mesti mempunyai permit kerja, boleh mengggunakan Dokumen Perjalanan Terhad (DPT) ataupun Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA). Kalau Semenanjung dan Sabah kerja di Sarawak tanpa permit, adalah satu kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63, peraturan 39(b) iaitu menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial, yang selalu disebut wartawan Mazidul Akmal dalam 999 bila operasi menangkap pelacur-pelacur negara asing.
Tapi Sarawakian tak perlu semua tu jika bekerja dimana-mana tempat dalam Malaysia termasuk Sabah. Berbeza dengan penjawat-penjawat awam Persekutuan yang berkerja d Sarawak, seperti guru, Imigresen, Kastam, Polis dalam passport mereka akan dicop berbentuk bujur dan dikenali sebagai cop PTL (Permitted To Land) dengan catatan "Seksyen 66(1)(d)", dimana ianya tidak mempunyai tempoh waktu (validity), sah sehingga mana mereka bekerja di Sarawak. Anak dan isteri juga boleh mendapatkan cop PTL (cop bujur) dengan catatan "Seksyen 66(2)".
Kalau yang disenaraihitam PTPTN, LHDN dan sebagainya, memang akan keluar didalam sistem bila penama melalui pemeriksaan Imigresen. Tetapi cuma akan diberi nasihat untuk berhubung dengan pihak yang bertanggungjawab memberi arahan menyenaraihitamkan individu tersebut. Tetapi jika pegawai itu tidak mahu bercakap banyak, dia tidak akan cakap apa-apa.
Passport Sabah, Sarawak dan Semenanjung akan dibezakan dengan prefix (abjad) sebelum nombor passport. Contohnya. jika passport Malaysia Semenanjung akan dimulakan dengan huruf A2404****, Sabah H2404**** dan Sarawak K2404****. begitu juga pada MyKad, tetapi saya tak berapa pasti jika Mykad semenanjung ada huruf "A" atau tidak. Tunggu update seterusnya jika ada..
Update!!
Berikut merupakan "20-Point Agreement/Memorandum yang telah dipersetujui diantara Sabah dan juga Semenanjung Malaysia sebelum pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 yang kemudiannya perjanjian yang sama telah dibuat diantara Sarawak dan juga Semenanjung Malaysia dengan sedikit perubahan pada point ke-18.
Point ke-6 dibawah mempunyai kaitan dengan artikel yang saya tulis diatas.
The agreement
Point 1: Religion
While there was no objection to Islam being the national religion of Malaysia there should be no State religion in Borneo (Sarawak & Sabah), and the provisions relating to Islam in the present Constitution of Malaya should not apply to Borneo.
Point 2: Language
* a. Malay should be the national language of the Federation
* b. English should continue to be used for a period of 10 years after Malaysia Day
* c. English should be an official language of Borneo (Sarawak & Sabah) for all purposes, State or Federal, without limitation of time.
Point 3: Constitution
Whilst accepting that the present Constitution of the Federation of Malaya should form the basis of the Constitution of Malaysia, the Constitution of Malaysia should be a completely new document drafted and agreed in the light of a free association of states and should not be a series of amendments to a Constitution drafted and agreed by different states in totally different circumstances. A new Constitution for Borneo (Sarawak & Sabah) was of course essential.
Point 4: Head of Federation
The Head of State in Borneo (Sarawak & Sabah) should not be eligible for election as Head of the Federation.
Point 5: Name of Federation
“Malaysia” but not “Melayu Raya”
Point 6: Immigration
Control over immigration into any part of Malaysia from outside should rest with the Central Government but entry into Borneo (Sarawak & Sabah) should also require the approval of the State Government. The Federal Government should not be able to veto the entry of persons into Borneo (Sarawak & Sabah) for State Government purposes except on strictly security grounds. Borneo (Sarawak & Sabah) should have unfettered control over the movements of persons other than those in Federal Government employ from other parts of Malaysia Borneo (Sarawak & Sabah).
Point 7: Right of Secession
There should be no right to secede from the Federation
Point 8: Borneanisation
Borneanisation of the public service should proceed as quickly as possible.
Point 9: British Officers
Every effort should be made to encourage British Officers to remain in the public service until their places can be taken by suitably qualified people from Borneo (Sarawak & Sabah)
Point 10: Citizenship
The recommendation in paragraph 148(k) of the Report of the Cobbold Commission should govern the citizenship rights in the Federation of Borneo (Sarawak & Sabah) subject to the following amendments:
* a) sub-paragraph (i) should not contain the proviso as to five years residence
* b) in order to tie up with our law, sub-paragraph (ii)(a) should read “7 out of 10 years” instead of “8 out of 10 years”
* c) sub-paragraph (iii) should not contain any restriction tied to the citizenship of parents – a person born in Borneo (Sarawak & Sabah) after Malaysia must be federal citizen.
Point 11: Tariffs and Finance
Borneo (Sarawak & Sabah) should retain control of its own finance, development and tariff, and should have the right to work up its own taxation and to raise loans on its own credit.
Point 12: Special position of indigenous races
In principle, the indigenous races of Borneo (Sarawak & Sabah) should enjoy special rights analogous to those enjoyed by Malays in Malaya, but the present Malays’ formula in this regard is not necessarily applicable in Borneo(Sarawak & Sabah).
Point 13: State Government
* a) the Prime Minister should be elected by unofficial members of Legislative Council
* b) There should be a proper Ministerial system in Borneo (Sarawak & Sabah).
Point 14: Transitional period
This should be seven years and during such period legislative power must be left with the State of Borneo (Sarawak & Sabah) by the Constitution and not be merely delegated to the State Government by the Federal Government.
Point 15: Education
The existing educational system of Borneo (Sarawak & Sabah) should be maintained and for this reason it should be under state control.
Point 16: Constitutional safeguards
No amendment modification or withdrawal of any special safeguard granted to Borneo (Sarawak & Sabah) should be made by the Central Government without the positive concurrence of the Government of the State of North Borneo
The power of amending the Constitution of the State of Borneo (Sarawak & Sabah) should belong exclusively to the people in the state. (Note: The United Party, The Democratic Party and the Pasok Momogun Party considered that a three-fourth majority would be required in order to effect any amendment to the Federal and State Constitutions whereas the UNKO and USNO considered a two-thirds majority would be sufficient).
Point 17: Representation in Federal Parliament
This should take account not only of the population of Borneo (Sarawak & Sabah) but also of its seize and potentialities and in any case should not be less than that of Singapore.
Point 18: Name of Head of State
Yang di-Pertua Negara.
Point 19: Name of State
Sarawak or Sabah.
Point 20: Land, Forests, Local Government, etc.
The provisions in the Constitution of the Federation in respect of the powers of the National Land Council should not apply in Borneo (Sarawak & Sabah). Likewise, the National Council for Local Government should not apply in Borneo (Sarawak & Sabah).

Comments

Popular posts from this blog

Senarai Syak Imigresen

Peristiwa 13 Mei 1969