Jenis-Jenis Kesakitan Dan Langkah-Langkah Perlu

Kesakitan semasa hubungan kelamin boleh dirasai sama ada di bahagian vulva, pembukaan faraj, di dalam faraj dan juga jauh ke dalam faraj.
Kesakitan vulva dirasai semasa tusukan penis, di permukaan luaran faraj. Kesakitan faraj pula dirasai di bahagian dalam manakala kesakitan yang jauh ke dalam boleh dirasai di belakang, pinggul, rahim dan juga pundi kencing.
Kesakitan vulva
Kesakitan dirasai apabila bahagian luar vulva disentuh yang mungkin berpunca daripada sabun, pencuci faraj, bedak ataupun penyembur sanitasi faraj yang digunakan.
Parut dan infeksi/jangkitan mungkin turut berperanan dalam menimbulkan kesakitan ini di mana vulva luka, deria rasa pula menjadi berlebihan.
Kesakitan faraj
* Kekeringan faraj: Apabila faraj kering, mungkin dari kesan sampingan ubat-ubatan yang dimakan, mungkin juga kerana isteri tidak bersedia, maka fasa keinginan tersebut tidak berlaku.
Pada permulaan menopaus, hormon wanita - estrogen mengurang. Akibatnya, tisu faraj menipis dan relatifnya menjadi lebih kering, menyebabkan kesakitan semasa hubungan kelamin.
Hormon gantian boleh diambil bagi mengurangkan penyeksaan itu.
Wanita harus berbincang dengan suami. Suami penyayang, boleh bertolak ansur serta memahami harus juga memainkan peranannya kerana hubungan sepatutnya dua hala.
Kekeringan ini boleh diatasi dengan penggunaan lubrikasi/pelincir berasaskan air. Lubrikasi yang berasaskan minyak boleh merosakkan kondom yang mungkin dipakai sebagai kaedah mencegah kehamilan kerana lapisannya boleh melarut dan akhirnya pecah.
* Keradangan faraj seperti kegatalan, pedih, keluarnya rembesan dari faraj serta rasa panas membakar yang lazimnya disebabkan oleh kulat seperti kandidiasis, mungkin juga kerana infeksi oleh bakteria
* Vaginismus: Vaginismus diakibatkan oleh kekejangan otot-otot pada bahagian luar faraj. Kesakitan yang amat sangat berlaku pada masa permulaan tusukan yang bakal menambahkan lagi kekejangan otot-otot tersebut.
Antara penyebab-penyebab vaginismus:
* Luka serta parut lama di faraj akibat kecederaan, proses kelahiran, pembedahan
* Kerengsaan serta keradangan dari penggunaan bahan-bahan pencuci faraj, spermisid dan alahan getah kondom
* Jangkitan vulva dan faraj.

Comments